Sunday 6 April 2014

Minggu 15: SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

• Mengadakan seminar
• Mengadakan pameran


Pengenalan
Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.


Mengadakan seminar
Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.


SEMINAR
•Merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional.
•Perkataan seminar berasal dari kata Latin ‘seminarum’, yang bermaksud "tanah tempat menanam benih".
•Sebuah seminar biasanya mempunyai fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir boleh menyertai secara aktif.
•Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil kajian dalam bentuk yang lebih formal.
•Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk pelajar yang telah mencapai tingkatan atas).
•Sistem seminar mempunyai idea untuk lebih mendekatkan pelajar kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga soalan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih formal berbanding sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.


Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer
i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar
Kelebihan
i. Berguna kepada peserta yang terlibat
ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
iii. Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru
Kekurangan
i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan
Mengadakan Pameran
Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

PAMERAN
            Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya Mengurus Gerai Pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Pameran juga adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
            Dalam dimensi lain, pameran merupakan suatu bentuk dalam usaha mempertemukan antara pengeluar dan pembeli untuk kegiatan promosi yang dilakukan oleh suatu pengeluar, kelompok, organisasi, perkumpulan tertentu dalam bentuk menampilkan barangan kepada awam atau pembeli.


Ciri-ciri Pameran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
            i)  Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
            ii) Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
            iii) Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan komputer
i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang


Jenis-jenis Pameran:

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap                    (Permanent Exhibition)
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat

2
Pameran Temporer                 (Temporary Exhibition)
Pameran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan

3
Pameran Keliling                    (Traveling Exhibition)
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.



Minggu 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
• Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
• Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran




CAKERA PADAT
•CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat.
•Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
•Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
•Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
•Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
•Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
•Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
•Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
•Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
 
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.
 
Format CD
 Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
 Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.




Format DVDCiri-ciri
DVD-RDVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
DVD+RSama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-RAMDVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.
DVD-RWDVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.
DVD+RWSama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-R/WSama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
DVD+R/WSama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)
 
Jenis cakera padat

a)    Cakera Liut

         Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik.

         Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur.

         Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.


b)    Cakera keras

         Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak

          Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik.

         Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor.

         Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan.

         Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.

         Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.


c)    Cakera Optik

         Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik.

         Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait).

         Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja.

         Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut)

         Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam.

         Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.

d)    Cakera Kilat

•        Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB.

•        Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.

•        Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait.

•        Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kali[2][3] serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun,[4] disambung menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.

Minggu 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

• Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
• Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
• Memanipulasi animasi dalam persembahan



Pengenalan


Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang diajar oleh guru.



Animasi
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.



Bentuk Animasi
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas



Jenis-jenis animasi
Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastic



Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect



Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak



Format penghasilan Animasi
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).



Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet
Cara untuk memuat turun animasi
Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.



Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power Points
Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.



























 (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :

lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint

Minggu 11: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  • Koferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis.
PENGENALAN
Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling. Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001) dan Singapura (Hu. Chun, 2001)
SIDANG VIDEO
  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan
  • Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling

JENIS PERSIDANGAN VIDEO
  • Banyak ke banyak
  • Satu ke banyak
  • Satu ke satu

Contoh pengunaan sidang video
  • Pendidikan
  • Pembentangan (Presentations )
  • Perkongsian kerja antara penyelidik
  • Berkomunikasi
  • Teleperubatan
  • Mesyuarat

Kebaikan menggunakan telesidang
  1. Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
  2. Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
  3. Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
  4. Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
  5. Mempertingkatkan komunikasi.
  6. Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
  7. Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.

Persidangan sidang video
  • Google Talk 1.0.0.104 Beta
  • Pidgin 2.7.9
  • Skype 5.1.0.104
  • Thunderbird 3.1.7
  • Trillian Astra 4.2.0.24
  • Windows Live Messenger 2011 (15.4.3508)
  • Yahoo! Messenger 11.0.0.1751 Beta
  • NetMeeting
  • MSN Messenger

Kelemahan penggunaan telesidang
  • Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
  • Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.

Transmisi siding video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :
1. Cekup (capture),
  • Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
  • Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.

2. Mampat
  • Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
  • Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.

3. Siar
  • Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
  • Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

Minggu 10 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA BILIK DARJAH MAYA


PEMBELAJARAN MAYA
Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet.
Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di sampaikan secara elektronik kepada pelajar.
Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal.
Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.
Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik
Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.
Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk di capai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan
Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.
Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.

 Konsep
E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas
maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.
Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan.

PRINSIP
Mengwujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik.
Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.
Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.
Mengurangkan bebanan setiap guru, terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.
Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
Menjimatkan masa guru, bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.

PERANAN
MENGURANGKAN PERANAN GURU DIDALAM KELAS
MENJADIKAN PROSES p&p LEBIH INTERAKTIF DAN MENARIK
MENINGKATKAN DAN MEMPERKEMBANGKAN BAKAT DAN KEBOLEHAN PELAJAR
MENYEIMBANGKAN KEBOLEHAN DAN KEMEMPUAN PELAJAR
MEMPERTINGKAT DAN MEMPERKASA KAEDAH PENYAMPAIAN GURU DI DALAM KELAS
PERKONGSIAN MAKLUMAT LEBIH EFEKTIF.
MEWUJUDKAN GENERASI CELIK I.C.T
MERAPATKAN JURANG MASA DAN KAWASAN PELAJAR DAN PENGAJAR.HASILNYA PROSES PEMBELAJARAN LEBIH SINGKAT

Pembangunan & Pembinaan
Satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional agar lebih efisen dan efektif.
Antara pembangunan dan pembinaan pembelajaran maya :
Kerjasama antara IPTA/IPTS dengan syarikat tempatan
Mempelbagaikan pengisian di laman web
Mewujudkan kelas maya
Pembangunan Web Portal
Pengeksplorisasian e-learning
Kerjasama Antara IPTA/IPTS Dengan Syarikat Tempatan
Usahasama syarikat Mahirnet Sdn. Bhd. dan UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara maya.
Walaupun yurannya agak tinggi, namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya, ia dianggap berbaloi.

-Jadual kuliah yang fleksibel
-Nota dan tutorial (Internet)
-Perkuliahan secara on-line.
Kesannya : Dapat menjimatkan kos dan masa pelajar
-Berkerja sepenuh masa
-Tempat tinggal yang jauh daripada universiti.
Mempelbagaikan pengisian
di laman web
Pengisian web (e-learning) dipelbagaikan dengan :
-Forum/perbincangan dua pihak secara
komunikasi dua hala,
-Pengorganisasian maklumat dengan lebih teratur
cth : Nota kuliah, jadual, bayaran yuran,
tutorial dan juga peperiksaan.
Menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio) Public Schools, Di US konsep e-learning tidak lagi hanya sekadar melihat nota-nota kuliah ataupun penghantaran tugasan kepada pensyarah melalui e-mail tetapi terdapat perbincangan antara pensyarah dan pelajar secara online.
Mewujudkan kelas maya
Membolehkan belajar dalam kadar yang segera.
Direkabentuk betul-betul seperti di dalam bilik kuliah.
-boleh berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain serta profesor mereka melalui laman web.
Pelajar-pelajar juga boleh menghadiri seminar secara maya.
Antara kelas maya yang diwujudkan :
-California State University - menawarkan program sijil perguaman.
-Universiti Of Nebraska pula, lebih bersifat komersial dimana pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang disukai .
Pembangunan Web Portal
Kelebihan web portal, pendidikan ini mempunyai :
-Bank-bank ujian, pelan pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran.
- Maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah, kelender tahunan, aktiviti pendidikan juga boleh diakses.
Organisasi yang melibatkan diri dalam menjayakan penubuhan web portal ini :
MIMOS Berhad -www.cikgu.net.my
Kumpulan Utusan -www.tutor.com.my
Pengeksplorisasian e-learning
Sektor swasta lebih mengeksplorisasi penggunaan e-learning.
Bagi syarikat antarabangsa, e-learning dijadikan platform untuk meningkatkan pengetahuan serta skil kakitangannya.
cth : IBM Corporation , 25% daripada latihan dalamannya lebih berbentuk jarak jauh secara maya yang merangkumi 135,000
kakitangannya diseluruh dunia. Pada tahun 1999, IBM telah berjaya menjimatkan kos latihan sebanyak RM760 juta (USD 200 juta).
Mengikut laporan International Data Corporation (IDC), pada ketika ini 87% daripada kaedah latihan disektor swasta adalah secara tradisional
Kehadiran konsep e-learning, statistik latihan tradisional merosot kepada 74% pada tahun 2004 (Asia Pasifik). Sebaliknya pertumbuhan e-learning dijangka meningkat sehingga 94% (1999-2004).
Keberkesanan pelaksanaan
Kebaikan
Sebagai Alat Bantu Mengajar
Dalam Pengajaran Dan pembelajaran
Pembelajaran secara kolaboratif dan secara individu
Boleh belajar mengikut kesesuaian dan kebolehan serta keperluan pelajar
Mendorong pelajar lebih berdikari untuk mendapatkan maklumat
Pelajar akan bersikap lebih terbuka untuk mengemukakan pendapat atau persoalan yang membina
Mempertingkatkan sikap bertanggungjawab palajar terhadap pembelajaran mereka
Mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar dengan penggunaan bahan elektronik seperti perisian grafik,animasi.
Dapat menarik minat pelajar untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
Pelajar akan memperoleh maklumat dari sumber yang lebih luas selain dari buku teks pada bila-bila masa dan di mana saja. 

KELEMAHANNYA
Hanya berperanan sebagai alat sokongan penyampaian maklumat atau fakta.
Penggunaan komputer atau internet hanyalah keseronokan sahaja.
Interaksi antara pelajar dengan guru adalah terbatas

Memerlukan kepakaran untuk mengendalikannya.
Menimbulkan ketidakseragaman sukatan pelajaran.
Memerlukan perbelanjaan yang besar untuk perkakasan dan perisian
Cadangan
teknologi dalam pengajaran hanya sesuai untuk pendidik atau mata pelajaran yang berasaskan teknologi perlu dikikis dari minda setiap tenaga pengajar.
Pendidik harus mempunyai pengetahuan mengendalikan komputer bagi membolehkan seorang pendidik memanfaatkan teknologi tersebut bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tambahan pula dengan sokongan teknologi perisian yang semakin mesra pengguna dan mudah digunakan, konsep pembelajaran menerusi teknologi termasuklah teknologi web menjadi semakin mudah untuk dilaksanakan.
Salah satu isu yang sering dibincangkan oleh kebanyakan pensyarah mengenai penggunaan e-Learning atau e-pembelajaran ialah bagaimana untuk mengoptimumkan penglibatan pelajar khususnya dalam perbincangan atau forum elektronik. Mengoptimumkan di sini bukan sahaja bermaksud menggalakkan pelajar berbincang dan mengeluarkan pendapat tetapi juga mengeluarkan pendapat yang bernas atau ilmiah. Ini memandangkan banyak keadaan menunjukkan ramai pelajar rajin menulis dalam forum elektronik tetapi sebahagian besar mesej yang dikeluarkan hanyalah berbentuk mesej sosial.
Ramai juga pensyarah yang mengadu bahawa sukar untuk menggalakkan pelajar untuk aktif berbincang secara elektronik berbanding dengan perbincangan yang dijalankan

Sunday 30 March 2014

Tajuk 12 : Guna Alat Pengarangan dalam Mencapai Kemahiran Bahasa dalam Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.  MENGGUNAKAN ALAT PENGARANAGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

12.1 Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.



 PERSPEKTIF ALAT PENGARANGAN



CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA
(*dengan menggunakan Power Point)



  12.2 Aplikasi penyuntingan bahan bahasa melayu dengan menggunakan alat pengarangan
ΓΌ  Contoh karangan dipilih dan disunting ke dalam bentuk nota isi-isi penting menggunakan Power Point




2.   MENGGUNAKAN ALAT PENGARANAGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Menghantar Emel
  • 1) Buka akaun emel anda seperti yahoo atau gmail
  • 2) Isikan ‘nama pengguna’ dan ‘kata laluan’
  • 3) Kemudian tekan ‘daftar masuk’
  • 4) Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah:
  • 5) Untuk menghantar emel, klik pada karang mel.
  • 6) Kemudian isikan “penerima’, ‘subjek’, ‘teks’ dan lampirkan gambar jika perlu di ruang ‘lampirkan fail’.
  • 7) Langkah terakhir ialah klik pada butang “Hantar”
  • 8) Emel sudah siap dihantar.

Blog
Blog merupakan singkatan dari "web log" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini seringkali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama), meskipun tidak selamanya demikian. Laman web seperti ini biasanya dapat dilayari oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.

Sejarah Blog
Media blog pertama kali dipopularkan oleh ‘Blogger.com,’ yang dimiliki oleh PyraLab sebelum akhirnya PyraLab diambil oleh Google.Com pada akhir tahun 2002 yang lalu. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang dikhususkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.
Blog mempunyai fungsi yang sangat fleksibal seperti catatan harian, media politik, berita semasa sehinggalah program-program media, syarikat-srarikat dan sebagainya. Sebahagian blog ditulis oleh seorang penulis tunggal, sementara sebahagian lainnya oleh beberapa penulis. Banyak juga blog yang memiliki kemudahan interaksi dengan para pengunjungnya, seperti menggunakan buku tamu dan kotak komentar yang dapat membenarkan para pengunjungnya meninggalkan komen atau isi dari tulisan yang ditulis, namun demikian ada juga yang yang sebaliknya atau yang bersifat tidak beleh berinteraksi (non-interaktif)

Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian