Sunday 16 February 2014

Cari maklumat tentang beberapa enjin pencari utama seperti Google, Yahoo, Ask.com dan sebagainya

Enjin carian adalah laman pengkalan data yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberi maklum balas terhadap keyword (kata kunci) atau frasa yang dimasukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Maklum balas ini adalah hasil carian. Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP atau bahasa melayunya hasil muka carian dalam enjin carian. Sebenarnya, terdapat pelbagai contoh enjin carian dalam internet. Terdapat beberapa contoh enjin carian yang paling banyak digunakan dan disukai oleh orang ramai kerana mesra pengguna, antaranya ialah Google, Yahoo dan Bing. Terdapat pelbagai enjin carian dalam internet. Namun yang paling digemari kerana ketepatannya adalah Google, Yahoo dan Bing. Bing adalah enjin carian yang masih baru namun sedang meningkat naik. Namun begitu, anda boleh memilih enjin-enjin carian kegemaran anda sendiri. Sebenarnya, setiap enjin carian mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.


Carian Google atau Google Search merupakan laman sesawang enjin gelintar yang dimiliki oleh syarikat Google dan merupakan laman carian paling kerap digunakan di Web. Google menerima berjuta-juta pertanyaan oleh para pengguna setiap hari melalui pebagai perkhidmatan yang disediakan. Tujuan utama Carian Google didirikan adalah untuk mencari maklumat melalui laman web. Enjin carian asalnya dibangunkan oleh Sergey Brin dan Larry Page pada tahun 1997 berdasarkan reka bentuk enjin carian yang lebih awal.


Google Search menyediakan sekurang-kurangnya 22 ciri-ciri istimewa yang melebihi kemampuan carian perkataan asal. Ini termasuk sinonim, ramalan kajicuaca, zon waktu, maklumat harga saham, peta, data gempa bumi, masa tayangan filem, lapangan terbang, penyenaraian rumah dan markah dalm acara sukan. Terdapat juga ciri-ciri khas bagi nombor seperti julat, harga, suhu, penukar unit/matawang, pengiraan, pakej menjejak, paten, kod kawasan dan terjemahan bahasa dipaparkan pada halaman.


Yahoo Inc merupakan sebuah syarikat awam Amerika dengan pejabatnya berpusat di Sunnyvale, California, (Silicon Valley), yang menyediakan perkhidmatan melalui internet di seluruh dunia. Syarikat ini mungkin paling dikenali untuk portal web, enjin carian (Yahoo! Search), Yahoo Directory, Yahoo Mail, Yahoo News, iklan, pemetaan dalam talian (Yahoo! Maps), berkongsi video (Yahoo! Video), dan media sosial website dan perkhidmatan. Yahoo! dibangunkan oleh Jerry Yang dan David Filo pada bulan Januari 1994 dan ditubuhkan pada tarikh 1 Mac 1995. Pada tarikh 13 Januari 2009, Yahoo melantik Carol Bartz sebagai ketua eksekutif(CEO).
 Pada bulan Januari 1994, Jerry Yang dan David Filo adalah mahasiswa sarjana Electrical Elektro di Stanford University ketika mereka mencipta sebuah website bernama "David dan Jerry's Guide to World Wide Web". David and Jerry's Guide to World Wide Web adalah sebuah direktori laman web. Direktori ini terancang dalam sebuah hirarki, sebagai lawan dari halaman index. Pada bulan April 1994, "David and Jerry's Guide to World Wide Web" berganti nama "Yahoo". Domain yahoo.com telah didaftarkan pada tarikh 18 Januari 1995.


Jika anda mahu laman anda diindekskan oleh enjin carian, anda perlulah meletak alamat laman anda dalam laman-laman yang sudah diindekskan. Salah satu cara yang paling mudah ialah dengan mendaftarkan laman anda dalam direktori yang sedia ada yang terdapat pelbagai di internet. Selain itu, anda juga boleh ping laman anda menggunakan perkhidmatan pingomatic. Ping ialah satu cara memberi tahu enjin carian alamat laman anda. Ini cara yang paling mudah. Banyak lagi cara-cara lain yang boleh dibuat.


Enjin carian bekerja dengan menghantar crawler (perayap) atau spider (labah-labah) untuk memasuki senarai laman web yang ada di internet dan mengumpul segala maklumat berbentuk teks yang terdapat dalam laman web. Perayap ini kemudiannya akan menghantar semula ke pelayan enjin carian yang akan menyimpan data-data ini dan diproses. Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data.


Menggunakan enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu


Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.


1. Bagi menggunakan enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, enjin pencari yang dipilih perlulah bersesuaian dan selalunya mempunyai ketepatan dalam menyenaraikan sumber-sumber yang berasaskan tajuk yang hendak dicari. Contohnya, enjin pencari Google yang merupakan antara enjin pencari yang terkenal dan mempunyai ketepatannya yang digemari. Walau bagaimanapun, bergantung kepada anda untuk memilih pelbagai enjin pencari yang bersesuaian bagi anda.


2. Setelah pencarian, terdapat beberapa sumber yang akan disenaraikan pada paparan skrin komputer anda. Sumber-sumber tersebut semestinya yang mempunyai kaitan ataupun kata kunci dengan tajuk yang hendak dicari. Contohnya seperti tajuk "Pemakanan Yang Sihat".


3. Setelah memilih sumber-sumber yang telah dicari, anda bolehlah memilih sumber bahan yang sesuai mengikut bahan yang dicari berkaitan tajuk pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini adalah bagi memudahkan anda untuk membuat keputusan dengan memilih sumber-sumber yang dipaparkan yang mempunyai tajuk-tajuk bagi setiap sumber iaitu kata kunci yang sama dengan tajuk yang dicari. Contohnya seperti tajuk "Pemakanan Yang Sihat" dan sumber yang telah dipilih ialah "Kepentingan Pemakanan Seimbang dan Senaman".


4. Setelah memilih tajuk dan sumber yang sesuai, laman tersebut akan dipaparkan. Jadi, di laman inilah bahan pengajaran dan pembelajaran itu dapat dijadikan sumber rujukan untuk bahan-bahan pengajaran. Tambahan pula, anda boleh membuka laman-laman web yang telah disenaraikan sumbernya itu bagi melihat sendiri isi kandungan bagi sumber laman tersebut.







MINGGU 1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

· Menggunakan web, video, audio, dan imej
· Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
· Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.


1. Menggunakan web, video, audio, dan imej

Di internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya.

Cara mendapatkan maklumat
I. Mengenalpasti tajuk.
II. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III. Memilih enjin pencarian yang tepat.
IV. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)
V. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Enjin Pencari
I. GOOGLE
II. MSN
III. YAHOO


Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home)
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog


Alamat Internet
Bagi melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:

I. http://www.google.com.my/
II. http://www.yahoo.com/

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.


2. Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran BM

Kata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.

3. Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.

Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Tuesday 4 February 2014

Isi kandungan BMM3105 Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer




1           Pengguna Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
               
             Menggunakan web,video, audio, dan imej
             Menggunakan kata kunci,frasa yang sesuai
             untuk mendapatkan bahan pengajarab bahasa
              Melayu
               Menyimpan bahan dalam bentuk fail.

2            Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam
              Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
          
           Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio,
               video, grafik dan teks.
               
               Mengupul bahan daripada internet ke dalam
               Folder berdasarkan kemahiran bahasa.
                
  3            Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan
                Internet
              
                Memuat turun garis panduan dan etika
                Penggunaan internet

                Memindahkan garis panduan dan etika  penggunaan internet
                Dalam bentuk brosur dan PowerPoint

4              Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
                Pembelajaran  Bahasa Melayu

                Memilih bahan sastera
                Memilih bahan tatabahasa
                Memilih bahan bidang ilmu lain

5              Membina dan Menggunakan Tapak,Laman Web
                Pembelajaran  dan Pakej Tutorial Pembelajan dalam
                Pengajaran dan Pembelajaran Bhasa Melayu

                Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi
                pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
                Prosedur pembinan laman web pembelajaran
                Bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
                Melayu
                Membina dan menggunakan pakej  Tutorial
                Pembelajaran.

6            Membina dan Mengaplikasi Struktur Perpautan
              dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan
              Pembelajaran Bahasa Melayu

              Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
              Struktur Linear
              Struktur Rangkaian

7          Mengaplikasikan Model Pemprosesan  Maklumat
            dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

            Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat    
            Mengaplikasi model pemprosesan maklumat
            Dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak
            pembelajaran
            Membina bahan


8           Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan
             Luar Talian

             Melaksanakan  simulasi pengajaran dalam talian
             Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian dan
             luar talian dengan menggunakan  laman web dan
             tapak pembelajaran


9           Mengedit Bahan Pembelajaran Bahasa Melayu Secara
             Dalam Talian menjadi Brosur,News Letter,dan Kad Pengunguman


             Prosedur pengeditan
             Prinsip pengeditan
             Melaksanakan pengeditan
             Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa

10        Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran    
             Bahasa Melayu.
           

            Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
            Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
            Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar     
            bertutur dan membaca 

   
11       Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video


           Konferensi secara dalam talian
           Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran
           Mendengar,bertutur,membaca dan menulis.