Sunday 16 February 2014

Cari maklumat tentang beberapa enjin pencari utama seperti Google, Yahoo, Ask.com dan sebagainya

Enjin carian adalah laman pengkalan data yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberi maklum balas terhadap keyword (kata kunci) atau frasa yang dimasukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Maklum balas ini adalah hasil carian. Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP atau bahasa melayunya hasil muka carian dalam enjin carian. Sebenarnya, terdapat pelbagai contoh enjin carian dalam internet. Terdapat beberapa contoh enjin carian yang paling banyak digunakan dan disukai oleh orang ramai kerana mesra pengguna, antaranya ialah Google, Yahoo dan Bing. Terdapat pelbagai enjin carian dalam internet. Namun yang paling digemari kerana ketepatannya adalah Google, Yahoo dan Bing. Bing adalah enjin carian yang masih baru namun sedang meningkat naik. Namun begitu, anda boleh memilih enjin-enjin carian kegemaran anda sendiri. Sebenarnya, setiap enjin carian mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.


Carian Google atau Google Search merupakan laman sesawang enjin gelintar yang dimiliki oleh syarikat Google dan merupakan laman carian paling kerap digunakan di Web. Google menerima berjuta-juta pertanyaan oleh para pengguna setiap hari melalui pebagai perkhidmatan yang disediakan. Tujuan utama Carian Google didirikan adalah untuk mencari maklumat melalui laman web. Enjin carian asalnya dibangunkan oleh Sergey Brin dan Larry Page pada tahun 1997 berdasarkan reka bentuk enjin carian yang lebih awal.


Google Search menyediakan sekurang-kurangnya 22 ciri-ciri istimewa yang melebihi kemampuan carian perkataan asal. Ini termasuk sinonim, ramalan kajicuaca, zon waktu, maklumat harga saham, peta, data gempa bumi, masa tayangan filem, lapangan terbang, penyenaraian rumah dan markah dalm acara sukan. Terdapat juga ciri-ciri khas bagi nombor seperti julat, harga, suhu, penukar unit/matawang, pengiraan, pakej menjejak, paten, kod kawasan dan terjemahan bahasa dipaparkan pada halaman.


Yahoo Inc merupakan sebuah syarikat awam Amerika dengan pejabatnya berpusat di Sunnyvale, California, (Silicon Valley), yang menyediakan perkhidmatan melalui internet di seluruh dunia. Syarikat ini mungkin paling dikenali untuk portal web, enjin carian (Yahoo! Search), Yahoo Directory, Yahoo Mail, Yahoo News, iklan, pemetaan dalam talian (Yahoo! Maps), berkongsi video (Yahoo! Video), dan media sosial website dan perkhidmatan. Yahoo! dibangunkan oleh Jerry Yang dan David Filo pada bulan Januari 1994 dan ditubuhkan pada tarikh 1 Mac 1995. Pada tarikh 13 Januari 2009, Yahoo melantik Carol Bartz sebagai ketua eksekutif(CEO).
 Pada bulan Januari 1994, Jerry Yang dan David Filo adalah mahasiswa sarjana Electrical Elektro di Stanford University ketika mereka mencipta sebuah website bernama "David dan Jerry's Guide to World Wide Web". David and Jerry's Guide to World Wide Web adalah sebuah direktori laman web. Direktori ini terancang dalam sebuah hirarki, sebagai lawan dari halaman index. Pada bulan April 1994, "David and Jerry's Guide to World Wide Web" berganti nama "Yahoo". Domain yahoo.com telah didaftarkan pada tarikh 18 Januari 1995.


Jika anda mahu laman anda diindekskan oleh enjin carian, anda perlulah meletak alamat laman anda dalam laman-laman yang sudah diindekskan. Salah satu cara yang paling mudah ialah dengan mendaftarkan laman anda dalam direktori yang sedia ada yang terdapat pelbagai di internet. Selain itu, anda juga boleh ping laman anda menggunakan perkhidmatan pingomatic. Ping ialah satu cara memberi tahu enjin carian alamat laman anda. Ini cara yang paling mudah. Banyak lagi cara-cara lain yang boleh dibuat.


Enjin carian bekerja dengan menghantar crawler (perayap) atau spider (labah-labah) untuk memasuki senarai laman web yang ada di internet dan mengumpul segala maklumat berbentuk teks yang terdapat dalam laman web. Perayap ini kemudiannya akan menghantar semula ke pelayan enjin carian yang akan menyimpan data-data ini dan diproses. Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data.


Menggunakan enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu


Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.


1. Bagi menggunakan enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, enjin pencari yang dipilih perlulah bersesuaian dan selalunya mempunyai ketepatan dalam menyenaraikan sumber-sumber yang berasaskan tajuk yang hendak dicari. Contohnya, enjin pencari Google yang merupakan antara enjin pencari yang terkenal dan mempunyai ketepatannya yang digemari. Walau bagaimanapun, bergantung kepada anda untuk memilih pelbagai enjin pencari yang bersesuaian bagi anda.


2. Setelah pencarian, terdapat beberapa sumber yang akan disenaraikan pada paparan skrin komputer anda. Sumber-sumber tersebut semestinya yang mempunyai kaitan ataupun kata kunci dengan tajuk yang hendak dicari. Contohnya seperti tajuk "Pemakanan Yang Sihat".


3. Setelah memilih sumber-sumber yang telah dicari, anda bolehlah memilih sumber bahan yang sesuai mengikut bahan yang dicari berkaitan tajuk pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini adalah bagi memudahkan anda untuk membuat keputusan dengan memilih sumber-sumber yang dipaparkan yang mempunyai tajuk-tajuk bagi setiap sumber iaitu kata kunci yang sama dengan tajuk yang dicari. Contohnya seperti tajuk "Pemakanan Yang Sihat" dan sumber yang telah dipilih ialah "Kepentingan Pemakanan Seimbang dan Senaman".


4. Setelah memilih tajuk dan sumber yang sesuai, laman tersebut akan dipaparkan. Jadi, di laman inilah bahan pengajaran dan pembelajaran itu dapat dijadikan sumber rujukan untuk bahan-bahan pengajaran. Tambahan pula, anda boleh membuka laman-laman web yang telah disenaraikan sumbernya itu bagi melihat sendiri isi kandungan bagi sumber laman tersebut.







No comments:

Post a Comment